masa

Iklan

Iklan
jom kita pakat gi ramai-ramai....

harapanku....

Ya Allah....Aku memohon padaMu Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah Semangatku, Berkatilah diriku ini,untuk ku terus menjalani liku-liku hidupYang penuh dengan ranjau dan onak duri ini.
Ya Allah...Aku pasrah dan redha Atas segala-galanya Kerana aku tahu ada hikmah yang tersembunyi Yang aku tidak ketahui.Moga suatu hari aku dapat mengecapi kebahagiaan,Seperti insan-insan lain yang merasa nikmat kebahagiaanAmin......

senyum sokmo

senyum sokmo

salam perjuangan

Saturday, January 2, 2010

TARBIAH DAN KEPIMPINAN

Semua orang akur bahawa tarbiah penting dalam menjana kekuatan dan menyediakan tenaga kerja kepada jemaah Islam. Di antara rahsia kekuatan jemaah Islam sehingga mampu berada di persada perjuangan kerana bertunjangkan kekuatan tarbiah yang menjadi agenda penting dalam kehidupan.
Peranan tarbiah tidak ada noktah terakhir, malahan ia terus berjalan seiring dengan proses kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia juga tidak terhenti kepada ahli bawah sahaja malahan juga kepada mereka yang bergelar pemimpin. Kita akan mengalami kepupusan ahli dan kepimpinan pada masa akan datang jika pengurusan tarbiah tidak diatur dengan baik. Tenaga kerja untuk menggerakkan tanggungjwab akan terbantut apabila sistem tarbiah tidak berjalan dengan teratur.
Di antara perkara yang perlu diuruskan dengan baik untuk meningkatkan prestasi tarbiah ialah usrah.
Kegiatan usrah adalah satu kewajipan, kerana ia merupakan tonggak kepada program tarbiah. Jika usrah berjalan dengan baik maka banyak perkara dapat diselesaikan dengan baik. Tidak timbul lagi soal engkau engkau, aku aku, bermasam muka, salah sangka dan sebagainya.
Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuang dan pendakwah perlu meneliti diri dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan komitmen terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)
Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.
Firman Allah :
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi”. (al Baqarah : 30)
Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.
Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”.
Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir), apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.
Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

PROFAIL BLOGGER

PROFAIL BLOGGER
Nor Suriati Zakaria, Universiti Takhassus Fatah Islami Syria. Dilahirkan pada tanggal 18 jun 1985, anak yang ke-7 dari 13 adik-beradik. Mendapat pendidikan rendah di Pasti, kemudian menuntut di Madrasah Darul Taqwa, kemudian ke Maahad Darul Quran, seterusnya menyambung pelajaran di Takhassus Fatah Islami SYRIA..Berazam untuk menjadi dai'e yang istiqamah dalam perjuangan..

kalendar

About Me

My photo
saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu...kata-kata syed qutb
Corakkan Akal Dengan Keilmuan,
Cantikkan Hati dengan Kejujuran,
Rendahkan Keperibadian Dengan Kesopanan,
Semoga Diri Penuh Ketaqwaan.