masa

Iklan

Iklan
jom kita pakat gi ramai-ramai....

harapanku....

Ya Allah....Aku memohon padaMu Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah Semangatku, Berkatilah diriku ini,untuk ku terus menjalani liku-liku hidupYang penuh dengan ranjau dan onak duri ini.
Ya Allah...Aku pasrah dan redha Atas segala-galanya Kerana aku tahu ada hikmah yang tersembunyi Yang aku tidak ketahui.Moga suatu hari aku dapat mengecapi kebahagiaan,Seperti insan-insan lain yang merasa nikmat kebahagiaanAmin......

senyum sokmo

senyum sokmo

salam perjuangan

Sunday, May 23, 2010

pendidik tersenyum, pelajar ceria

salam mahabbah.....

Keceriaan pelajar tahfiz lilbanat semakin terserlah dengan kehadiran dua orang guru baru yang mencipta beberapa perubahan pada sistem tahfiz...teringat saya akan pesanan seorang murabbi ...."jadilah kamu pendidik yang membimbing anak-anak islam tetapi jangan kamu menjadi guru semata-mata tanpa membimbing dan memberi tunjuk ajar padanya". Dalam proses mentarbiah generasi muda...aspek dan peranan utama yang perlu ditanamkan dalam diri kita selaku seorang pendidik adalah sifat sabar, tekun, berani, tenang, penyayang, berjiwa besar dan juga bersifat keibuan. Jika seorang pendidik dapat menguasai dan menghayati peranan tersebut insyallah thamarahnya "pendidik itu" akan menjadi istiqamah dan thabat terhadap tanggungjawabnya. Percayalah dengan janji Allah Taala, Allah S.W.T sentiasa bersama dengan hambanya yang ikhlas terhadapnya, moga kita tergolongan dalam golongan itu. Amin..
Salah satu tenaga tasmi' adalah nur islam.... ketegasan guru tasmi' membuatkan pelajar makin hakrab dengannya, takut seorang pelajar pada gurunya bukan kerana garang, tapi kerana tegas dan penyanyang dalam mendidik. Apa yang saya nak kongsi dengan pembaca adalah, tegas berpada-pada, kemesraan pun pada tempatnya, kerana biar pelajar mempunyai hormat pada gurunya...time bergurau, kita bergurau, time belajar, guru kna serius la...
begitu juga dengan guru tahfiz yang bernama fatimah....house mates ku...yang banyak bersamaku dalam mendidik adiq2 hafizah, moga Allah memberi kekuatan kepada kami dalam mendidik adiq-adiq huffaz. Amin...:-)

Anak didikku, moga istiqamah menjadi hafizah......


Monday, March 29, 2010

Rehlah Ajk Nisa' Negeri

Pada 26 Mac (Jumaat) yang lalu, Nisa' Negeri terengganu telah mengadakan satu program rehlah AJK Nisa'. Tujuannya untuk merapatkan hubungan sesama AJK dan seterusnya menghasilkan satu pasukan kerja Nisa' yang kuat.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar...Bermula pada pukul 9 am, dengan sarapan pagi bersama-sama, sambil menikmati pemandangan yang cantik, diulit angin pantai di chalet Vistana, Kg Tok Jembal. Kemudiannya, disusuli dengan beberapa aktiviti berkumpulan/ modul latihan untuk membentuk kerjasama di antara peserta..rasa bersyukur dan gembira dapat join dalam nisa'....teringat memori indah ketika berada di syria dulu...

Seterusnya, pada pukul 11.00, ketibaan puan Hajjah Zaroni, lebih dikenali sebagai Che Na, selaku penasihat dan Naqibah Nisa' Negeri Terengganu, muhasabah Nisa diadakan, dengan memberi peluang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pandangan/ suara hati masing-masing.
Seterusnya, disusuli dengan beberapa aktiviti/ modul... Mesyuarat turut diadakan untuk merancang salah satu program negeri dalam masa yang terdekat ini.

Selepas solat Asar berjemaah, beberapa aktiviti menarik dimainkan lagi, sehinggalah majlis bersurai pada pukul 6.30 petang.
srikandi islam








Wednesday, March 24, 2010

Kita Pejuang Islam

Salam perjuangan untuk semua sahabat-sahabatku.......

Perjuangan menegakkan agama Islam, memerlukan niat yang ikhlas, kerana niat yang ikhlas adalah syarat pertama dalam semua amalan kita seperti solat, haji, zakat dan lain-lain.....kita diperintah menunaikan tanggungjawab dan kewajipan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Allah SWT menguji generasi awal umat Islam supaya mereka ikhlas kerana Allah, mereka menang dalam peperangan Badar ketika bilangan mereka kecil dan lemah. Fiman allah :

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar

Hidup ini adalah satu perjuangan untuk memartabatkan islam, tiada alasan untuk berputus asa selagi Allah swt memberi nikmat hidup dan keupayaan untuk berjuang, biar dengan usaha yang kecil asal kita dapat berbakti untuk islam kerana Allah.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Kita bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan agama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa agama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keredhaanNya.

Islam mesti tegak berdiri di atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru menuntut kepada para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Tetapi menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menegakkan Islam bermaksud menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini. Justeru itu bukan mudah untuk menegakkan Islam di dunia ini. Bahkan menuntut pejuang Islam yang menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh taan dan disiplin. Firman Allah :

“Dan katakanlah telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".( Surah Isra’ : 81)

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud kita beriman kepada Allah, tuhan yang Esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila kita kekal di dalam acuan itu, kita adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, kita cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang -undangNya. Jika berlaku keengkaran, bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah s.a.w. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

Ayuh, patuh dan cekal berjuang!

Saturday, March 13, 2010

Perayaan Jubli Perak PAS Kawasan Marang

salam perjuangan.....

Ucapan tahniah kepada PAS Kawasan marang kerana berjaya melaksanakan majlis sambutan Jubli perak PAS kawasan marang dengan meriah sekali....alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar dan dirasmikan oleh ayahanda Dato' Presiden..terasa semangat juang yang berkobar-kobar meresap didalam jiwa ini........sambutan ini di meriahkan dengan beberapa acara dan pertandingan..antara aktivinya ialah Ceramah perdana,Penyerahan Bendera kepada kelab motosikal, pesembahan silat/ kawad, pertandingan, malam kesenian dll.....Mudah-mudahan perayaan ini dapat memberi nilai kepada kita semua.....selamat berjuang ....takbir...allahu akbar 3 x

pejuang-pejuang islam....







urusetia pertandingan

pertandingan gubahan tuala ( remaja )

Friday, February 26, 2010

Habibana....Ya Rasulullah

“ Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya, andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga, andai rebah, bangkit semula, andai terluka, ingat janjinya ”

Habibana…..Ya Rasulullah

12 Rabiulawal menjelang lagi. Tarikh ini mengingatkan kita kepada keputeraan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Insan pilihan Allah ini dilahirkan dengan penuh keistimewaan, sejak hari lahirnya hinggalah waktu wafatnya. Di hari kelahirannya, terpadam api biara Majusi yang tidak pernah padam sebelum itu, runtuhnya istana Kisra Parsi, Mekah diterangi cahaya putih dan pelbagai kejadian pelik lain.

RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

Hadirnya baginda ke dunia ini menjadi rahmat besar ke seluruh alam. Bukan sekadar kepada masyarakat Arab di semenanjung tanah arab, bahkan semua orang di atas muka bumi ini. Malah rahmat ini meluas bukan sahaja kepada manusia, tetapi kepada makhluk-makhluk Allah yang lain termasuk malaikat, binatang, tumbuhan, jin, batu-batu dan sebagainya. Rahmat ini datang dengan pakej Islam, bukan dengan pakej lain. Bukan dengan pakej bangsa Arab, bukan dengan pakej nasionalisme, bukan dengan pakej kapitalisme, akan tetapi hanya dengan Islam!! Dengan kata lain, rahmat ini hanya dapat dirasai sekiranya kita mengamalkan Islam. Kita tidak merasai rahmat ini seratus peratus sekiranya kita mencampurkan Islam dengan perkara lain. Malah, rahmat ini dapat dirasakan oleh orang bukan Islam sekiranya Islam dilaksanakan. Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

BUKAN TEPUK SEBELAH TANGAN

Kalau orang sedang bercinta, mereka sering katakan “Aku bertepuk sebelah tangan” sekiranya cintanya tidak diterima orang atau dia hanya syok sendiri. Kita pun telah mengetahui betapa banyak orang yang frust bercinta hanya kerana cintanya tidak berbalas. Ini fenomena dalam cinta haram atau cinta monyet. Cinta yang dianjurkan oleh Islam amat berbeza benar, sama ada bercinta dengan Allah mahupun cinta kepada Rasulullah S.A.W.
Percintaan dengan Nabi S.A.W amat unik kerana baginda telah dahulu memulakan percintaan ini, sebelum kita semua memulakannya. Baginda telah menyintai kita semua sebelum kita semua menyintainya. Baginda telah menghulurkan tangannya untuk bertepuk dengan kita sambil menunggu kita untuk membalasnya. Ironinya, Nabi S.A.W tidak memerlukan kepada balasan kita sebenarnya. Baginda memulakannya kerana ingin melihat kita bahagia dan senang di akhirat kelak.
Ketikamana Rasulullah bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (berdoa) ke atasnya (sesiapa yang berselawat) dengan 10 kali selawat”, Rasulullah amat gembira dengan kurniaan Allah S.W.T tersebut. Bukanlah gembira dengan pujian dan limpahan doa yang bakal dilakukan oleh umat kepadanya, akan tetapi baginda gembira dan seronok apabila Allah akan memberikan ganjaran yang banyak kepada umatnya. Mana tidaknya, sekali kita berselawat kepada nabi, Allah akan membalasnya dengan 10 kali lebih baik daripada itu. Imam Sakhowi ketika mengulas perkara ini mengatakan bahawa satu selawat Allah (doa) kepada umatnya lebih baik daripada membuat 1000 kebajikan. Lihatlah cintanya nabi kepada kita semua, lebih memikirkan nasib umatnya berbanding perkara lain.
Kita juga tidak boleh melupakan jasa nabi Muhammad S.A.W ketika menerima ibadah solat fardhu pada peristiwa Isra’ Mikraj. Daripada 50 rakaat yang ditaklifkan, nabi berusaha untuk mengurangkan bilangan tersebut sehinggalah menjadi 5 rakaat seperti sekarang selepas mendapat signal daripada nabi Musa yang menyatakan umat akhir zaman ini tidak mampu melakukan ibadah sebanyak itu. Lalu turun-naik lah nabi berjumpa Allah untuk mengurangkan bilangan tersebut lantaran memikirkan umatnya walaupun dia sendiri ‘tebal muka’ untuk meminta pengurangan itu. Ada sebahagian riwayat menyatakan daripada 50 rakaat yang disyariatkan, ia dikurangkan 5 rakaat setiap kali nabi mengadap Allah. Secara congakan akal yang dangkal ini, bermakna 9 kali nabi S.A.W turun-naik secara tebal muka untuk berunding bagi urusan umatnya!! Akhirnya dengan sifat kasih sayang Allah jua, kita hanya difardhukan untuk menunaikan 5 kali solat sehari tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 rakaat yang mula disyariatkan !!
Saat-saat akhir nabi di alam ini adalah isyarat yang paling jelas kepada kita bahawa baginda telah memulakan proses percintaan ini sebelum kita memulakannya. Ketika baginda nazak menghadapi sakaratul maut, baginda masih menyebut “Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)”. Jika kita fikir-fikirkan pun, tak mungkin orang yang sakit akan menyebut perkara yang lain ketika sakitnya melainkan mengerang kesakitan. Akan tetapi kerana cintanya kepada umatnya, baginda masih memikirkan umatnya walaupun di penghujung usia…. Ya Allah !!!!
MEMBALAS CINTA
Sudah menjadi resam orang bercinta, cinta itu akan menjadi asyik dan amat memabukkan jika cinta itu berbalas. Begitu juga bentuk cinta ini. Baginda telah menghulurkan cintanya, maka kitalah perlu menyambutnya. Malangnya kita pada hari ini, tidak mabuk dengan cinta kepada Allah dan nabi tetapi mabuk dengan cinta monyet dan cinta manusia yang fana’. Kita perlu memuhasabah kembali sejarah yang telah dilalui semoga generasi akan datang tidak kering dan gersang dengan cinta kepada Rasul mereka.
Sememangnya kesilapan bermula sejak awal lagi. Ketika kita kecil, kita tidak diajar untuk mencintai baginda. Kita lebih dulu diajar A-B-C sebelum diajar mengenali nabi. Kita lebih dulu diajar 1-2-3 sebelum kita diajar mencintai nabi. Malah amat mengecewakan perkara ini tidak langsung mendapat perhatian ibu bapa. Kita boleh lihat, anak-anak kini dibesarkan dengan watak-watak animasi Pokemon, Doraemon, Superman, Power Rangers dan Mickey Mouse. Astro menjadi pendidik kanak-kanak kini menggantikan peranan ibu bapa yang sepatutnya berperanan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tepuk dada, tanya iman.. Islam awal-awal lagi telah mengajar bagaimana kita hendak mendidik anak-anak dengan betul. Rasulullah pernah bersabda ;

أَدِّبوا أولادَكم على ثلاثِ خِصَالٍ حبِّ نبيكم وحبِّ أهل بيته وقراءةِ القرآن فإن حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصفيائه

“Didiklah anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiya’dan para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain kecuali naungan Allah”
Oleh kerana itu, kita semua perlu memupuk cinta ini dalam diri masing-masing. Sekiranya kita ada anak-anak, ajarkanlah mereka cinta kepada nabi sebelum mereka mengenali artis ataupun ikon animasi lain. Sekiranya kita seorang guru, selalulah bercerita kepada murid-murid mengenai nabi, insyaAllah daripada menceritakan peribadi baginda, orang akan jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun, ia perlu sentiasa dihangatkan dan jangan ditinggalkan.
Kesan perasaan cinta ini, kita akan membuktikannya dengan amalan kita. Bukti kecintaan yang paling besar ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar mengamalkan sunnah-sunnah yang kecil seperti bersiwak, memakai serban atau memakai capal seperti capal Rasulullah, akan tetapi juga mengamalkan sunnah yang lebih besar seperti menjadi pewaris anbiya’ iaitu ulama’, membina negara dan berusaha mendaulatkan Islam. Kita juga akan bangkit ketikamana baginda dihina seperti yang berlaku di Denmark sebelum ini. Begitu juga kecintaan ini akan menyebabkan kita sentiasa mengingati baginda dengan berselawat kepadanya. Selawat inilah yang akan menjadi charger cinta kita kepada nabi S.A.W.

MEMPERINGATINYA SEMPENA KEPUTERAAN BAGINDA

Menyambut keputeraan baginda merupakan satu peluang bagi kita mengingatinya. Ini bukanlah bermakna kita hanya mengingatinya pada hari kebesaran baginda dan melupakannya pada hari-hari yang lain. Kita amat berbeza dengan orang barat. Orang barat merayakan Hari Ibu kerana mereka tidak berkesempatan untuk berbuat baik kepada ibu mereka pada hari-hari yang lain. Pada Hari Ibu, mereka pulang ke rumah dan memberi hadiah kepada ibu-ibu mereka kerana tidak sempat berbuat baik pada hari-hari lain. Begitu juga dengan Valentine Day..Semuanya dari barat yang sesat dan lemas dengan kehidupan dunia mereka. Islam tidak begitu. Islam menganjurkan kita sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk ibu bapa kita pada setiap masa dan waktu, malah melarang kita derhaka kepada mereka hatta tidak boleh berkata ‘Uh’ kepada mereka.
Begitu juga apabila kita menyambut hari keputeraan Rasulullah (Maulidurrasul). Bukan bermakna kita hanya mengingati baginda pada hari ini. Akan tetapi kita mengingati baginda pada setiap hari dan setiap waktu solat kita dengan melafazkan selawat kepada baginda pada waktu tahiyyat. Pada hari maulid ini, kita hanya meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang kita kepadanya lebih daripada hari-hari yang lain. Moga-moga dengan mengingati baginda akan menguatkan lagi azam kita untuk menjadi pejuang agama dan sunnahnya.

RASULULLAH DI HATI KITA

Sebenarnya amat bertuah kita menjadi umat nabi Muhammad. Tidakkah kita ingat bahawa para rasul yang lain ingin benar menjadi umat Muhammad kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah. Namun itulah takdir, hanya insan yang terpilih menjadi umat utusan akhir ini.
Kita telah mengetahui pengorbanan Rasulullah dan juga betapa tingginya cinta baginda kepada kita. Baginda telah meletakkan kita sebagai umatnya di tempat yang tinggi di dalam hatinya. Setelah mengetahui ini semua, kita perlu persoalkan kepada diri kita sendiri, siapa pula Rasulullah di hati kita sekarang? Adakah kita telah meletakkan nilai cinta kita ini lebih tinggi daripada cinta kita terhadap dunia? Atau cinta kepadanya sama sahaja seperti kasih kita kepada orang-orang lain di atas muka bumi ini? Atau lebih teruk lagi, kita tidak langsung berasa cintakan Rasulullah. Tatkala orang menghina Rasulullah, kita hanya melihat dari jauh tanpa bangkit. Tatkala orang memijak-mijak sunnah Rasulullah dengan mengambil sumber panduan lain daripada al-Quran dan sunnah, kita tidak bersuara dan kadang-kadang kita menyokong pula.
Wahai sahabat-sahabat, apakah nasib kita di akhirat nanti tanpa cinta ini? Dengan siapa kita mahu mohon syafaat selain daripada Rasulullah? Layakkah kita mendapat syafaat baginda di akhirat tanpa cinta suci ini? Apakah kesudahan kita semua di akhirat? Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menjadi umat Muhammad yang cinta kepadanya….

Saturday, February 13, 2010

Tamrin Tarbawi 2010

Tuesday, February 9, 2010

warkah ke syurga

Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmat dan hidayahNya yang Maha Esa..dalam kekalutan dunia pada ketika ini daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua….dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhanNya…dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan dosa..moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya…walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya…dan kadang kala kita ingat kepadaNya…tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya…

BUAT PERMATA ISLAM…YANG SUDAH TENTU DIKASIHI ALLAH DAN DIRINDUI NABI…

Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama…tetapi ia adalah cara hidup kita…samada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja…atau dengan perkataan yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali….semuanya allah telah gariskan untuk kita..hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..Islam juga telah mengajarkan caranya…

SERINGKALI KITA MENDENGAR SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: “ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG TINGGI SELAINNYA”

tapi sayang sama sekali…kita yang merendah-rendahkannya….kita menjauhkan diri daripadanya….bahkan kita malu Islam itu menjadi identiti kita…kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita…sehingga kita lupa Allah s.wt. yang sedang memerhati kita… kita tahu adanya Allah tapi hati kita tetap melanggari perintahNya,…sombongnya kita kerana , kita lupa kepada pemberi segala nikmat,sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya kita tahu benarnya al-quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya…..kita juga tahu adanya dosa dan pahala,bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka,tapi kita masih tidak mempedulikan perintah allah s.w.t yang Maha Esa…

BUAT M UTIARA ISLAM……YANG INSYA ALLAH TERUS BERGEMERLAPAN DI BUMI ALLAH…

prof dr hamka pernah berkata,kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan.…tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tingggal persoalanya bagaimanakah persediaan kita apabila usia terkandung didalam jasad kita sudah habis di gunakan….masihkah engkau ingat akan firman allah s.w.t dalam hadis kuqsinya yang bermaksud daripada abu hurairah r.a “ aku di sisi sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika dia ingat kepadaku……jika dia ingat kepaku dalam hatinya,aku akan mengingatinya didalam hatiku…..dan jika dia ingat kepadaku dalam lingkungan khalayak ramai….nescaya aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khlayak ramai yang lebih baik, dan jika dia mendekatiku sejengkal, aku pun akan mendekatinya sehasta,dan jika dia mendekatinya sehasta, maka aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaku berjalan, maka aku akan mendekatinya dengan berlari…..hadis riwayat syaikhani dan tarmizi….

walaupun sebesar bukit uhud, sekalipun dosa yang kita lakukan, sesungguhnya allah taala masih mengampungkan dosa kita, oleh itu kembalilah kepadaNya…..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang telah ditentukan olehNya….sesungguhnya kasih sayang allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya……semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangaNya serta dibuka untuk kita pintu taubat…..teruskanlah perjuanganmu……….wassalam

Saturday, January 2, 2010

TARBIAH DAN KEPIMPINAN

Semua orang akur bahawa tarbiah penting dalam menjana kekuatan dan menyediakan tenaga kerja kepada jemaah Islam. Di antara rahsia kekuatan jemaah Islam sehingga mampu berada di persada perjuangan kerana bertunjangkan kekuatan tarbiah yang menjadi agenda penting dalam kehidupan.
Peranan tarbiah tidak ada noktah terakhir, malahan ia terus berjalan seiring dengan proses kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia juga tidak terhenti kepada ahli bawah sahaja malahan juga kepada mereka yang bergelar pemimpin. Kita akan mengalami kepupusan ahli dan kepimpinan pada masa akan datang jika pengurusan tarbiah tidak diatur dengan baik. Tenaga kerja untuk menggerakkan tanggungjwab akan terbantut apabila sistem tarbiah tidak berjalan dengan teratur.
Di antara perkara yang perlu diuruskan dengan baik untuk meningkatkan prestasi tarbiah ialah usrah.
Kegiatan usrah adalah satu kewajipan, kerana ia merupakan tonggak kepada program tarbiah. Jika usrah berjalan dengan baik maka banyak perkara dapat diselesaikan dengan baik. Tidak timbul lagi soal engkau engkau, aku aku, bermasam muka, salah sangka dan sebagainya.
Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuang dan pendakwah perlu meneliti diri dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan komitmen terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)
Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.
Firman Allah :
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi”. (al Baqarah : 30)
Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.
Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”.
Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir), apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.
Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

PROFAIL BLOGGER

PROFAIL BLOGGER
Nor Suriati Zakaria, Universiti Takhassus Fatah Islami Syria. Dilahirkan pada tanggal 18 jun 1985, anak yang ke-7 dari 13 adik-beradik. Mendapat pendidikan rendah di Pasti, kemudian menuntut di Madrasah Darul Taqwa, kemudian ke Maahad Darul Quran, seterusnya menyambung pelajaran di Takhassus Fatah Islami SYRIA..Berazam untuk menjadi dai'e yang istiqamah dalam perjuangan..

kalendar

About Me

My photo
saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu...kata-kata syed qutb
Corakkan Akal Dengan Keilmuan,
Cantikkan Hati dengan Kejujuran,
Rendahkan Keperibadian Dengan Kesopanan,
Semoga Diri Penuh Ketaqwaan.